Australia akan wujudkan agensi pemantau rasuah kebangsaan

SYDNEY – Australia akan mewujudkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan selepas bertahun berdebat mengenai keperluan badan pemantau bebas bagi ahli politik.

Perdana Menteri, Anthony Albanese dan Peguam Negara, Mark Dreyfus berkata dalam satu kenyataan bahawa langkah itu akan memulihkan kepercayaan dan integriti dalam politik.

Sehubungan itu pembiayaan sebanyak A$262 juta (RM783 juta) selama empat tahun akan disediakan. Rang Undang-Undang dijangka dibentangkan di Parlimen esok.



Suruhanjaya itu akan menyiasat rasuah serius atau sistemik oleh menteri Kerajaan Persekutuan, Ahli Parlimen, kakitangan politik dan pekerja, kontraktor dan entiti kerajaan.

Ia akan mempunyai kuasa retrospektif, dan boleh membuat penemuan rasuah, atau merujuk perkara jenayah kepada polis persekutuan atau pendakwa raya, kata kenyataan itu.

Badan pemerhati rasuah New South Wales (NSW) telah menjalankan banyak siasatan terhadap ahli politik dan derma politik menyebabkan dua perdana menteri meletak jawatan dalam dekad lalu.

Kerajaan Liberal Scott Morrison, yang kehilangan jawatan dalam pilihan raya pada Mei, telah menolak gesaan untuk badan pemantau persekutuan.



Suruhanjaya kebangsaan akan dapat mengadakan pendengaran awam “dalam keadaan luar biasa”, yang mana ia adalah untuk kepentingan awam, kata kenyataan kerajaan itu.

Penemuan suruhanjaya itu akan tertakluk kepada semakan kehakiman, tambahnya.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading