Kluster Broker akan hilang arah apabila Muhyiddin didakwa.

Pemiihan UMNO akan jadi platform terakhir untuk Kluster Pengkhianat @ Broker untuk membuat ‘comeback’ kepada parti.

Sama ada yang dipecat mahupun yang digantung keahlian , masing masing cuba untuk mencari jalan untuk Kembali kepada kedudukan asal dalam parti.

Turut ambil peluang ubah kepimpinan dan pendirian UMNO ada lah Tun Mahathir.



Caranya mudah sahaja, yakni mengharap ramai calon yang dipasang pada jawatan strategik seperti tiga jawatan Naib Presiden dan seramai mungkin di jawatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dengan cara ini , mereka berharap calon calon menang dari kalangan pro mereka akan menjadi rebel kepada Presiden.

Sambil itu sudah ada suara suara yang menyeru agar jawatan Ketua Sayap dipilih dari kalangan yang bukan Pro Presiden atau yang senada dengan Presiden.



Sama ada saranan ini masuk akal atau tidak belum diketahui.

Bagaimana pula jika ada saranan mahu Ketua Ketua Sayap mesti senada dengan Presiden supaya parti bersatu hati?

Macam macam saranan diterima dalam menuju kehari pemillihan.

Namun, satu perkara yang sangat ketara ada lah Kluster Broker yang berkiblat Presiden parti lawan pasti akan berada didalam tidak ketentuan dipenghujung nya dan hilang arah sebaik sahaja Muhyiddin Yassin didakwa.



Ini kerana Kluster ini akan terperangkap jika Muhyiddin didakwa kerana mereka akan dipersoalkan berkenaan sokongan kepada Kluster mahkamah baru.

Bagaimana mereka menyeru Presiden sendiri undur dan letak jawatan kerana ada kes dimahkamah, tiba tiba apabila Muhyiddin didakwa nanti mereka tidak menjauhkan diri dari Kluster mahkamah baru seperti Muhyiddin.

Maka, diramalkan sebaik sahaja Muhyiddin didakwa nanti dengan pelbagai kes dimahkamah, maka Kluster Broker akan hilang punca dan tidak akan ada sebab untuk berpaut lagi kepada Muhyiddin.



Jika mereka boleh mendesak Presiden sendiri mustahil mereka mencari alasan untuk terus berpaut dengan Muhyiddin yang ada kes dimahkamah?

Maka, sesuatu yang menarik yang ditunggu untuk dilihat, bagaimana kedudukan dan hala tuju Kluster Broker UMNO apabila Muhyiddin menjadi Kluster baru mahkamah.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading