Istimewanya individu bernama Zeti dan Nazlan

Oleh – Bakhtiar Omar


Istimewanya individu bernama Zeti dan Nazlan

Seluruh negara tertumpu kepada 2 individu istimewa bernama Zeti Aziz dan Nazlan Ghazali setiap kali menyentuh perbicaraan Najib Razak.



Seorang bekas Gabenor Bank Negara, yang mengetahui Najib akan menerima wang sebanyak AS100 juta dari Kerajaan Arab Saudi, manakala seorang lagi terlibat dengan Maybank Investment yang mencadangkan penubuhan SRC International.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengetahui akaun Datuk Seri Najib Razak akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi pada 2011.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif Ambank, Cheah Tek Kuang, berkata dalam pertemuan empat mata dengan Zeti, beliau (Zeti) mengambil maklum mengenai perkara itu dan memintanya supaya ia perlu dilakukan mengikut peraturan bank dan BNM sedia ada. – Laporan pada 4/10/2022

Namun demikian, kedua mereka masih belum diheret ke Mahkamah walau laporan telah dikeluarkan pihak SPRM dan berada dalam pengetahuan Peguam Negara.



Malah, surat oleh SPRM mengenai salahlaku Nazlan Ghazali turut tular di media sosial namun pihak yang sepatutnya menjaga intergriti Badan Kehakiman masih berdiam diri. Ini menyebabkan pelbagai spekulasi mengenai Institusi Kehakiman berlegar dikalangan rakyat.

Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. – Laporan Pada 23/2/2023

Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri pernah mendedahkan penglibatan Zeti dalam skandal 1MDB namun semua mata ‘tertutup’ seolah ‘menghalalkan’ perbuatan Zeti.

Raja Petra Kamardin pula mendedahkan Nazlan Ghazali pernah menerima sejumlah wang daripada Jho Low sebagai ‘bayaran perkhimatan’ namun tidak diketahui apakah perkhidmatannya.

Semua telah didedahkan, namun disebabkan nama mereka ialah Zeti dan Nazlan, apa sahaja berkaitan Undang-Undang seolah tidak akan memberi kesan kepada 2 nama ini.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading