Perak sampai hujung nyawe
Perak sampai hujung nyawe
IPOH: ‘Perak (Perak FC) sampai hujung nyawe (nyawa) – demikian hantaran pernah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Faiz Bazli pada 26 Februari lalu.
Malang sekali, muat naik itu bertukar realiti apabila Faiz atau nama sebenarnya Muhammad Faiz Bazli Abdul Hamid, 25, meninggal dunia bersama seorang rakan apabila terbabit kemalangan selepas menonton perlawanan bola sepak antara Perak FC melawan Johor Darul Takzim (JDT).
Faiz bersama rakannya yang juga penyokong tegar Perak FC, Izzwan Syamel Denial Ismail, 18, maut apabila motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri di Jalan Susur Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara antara Bercham-Jelapang di sini, awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komsioner Yahaya Hassan, berkata siasatan insiden sekitar jam 12.30 tengah malam itu mendapati motosikal Yamaha 135LC ditunggang Faiz dalam perjalanan pulang rumah menghala Jelapang dipercayai bergesel dengan Yamaha Lagenda ditunggang lelaki berusia 18 tahun.
“Selepas kedua-dua motosikal itu bergesel, datang pula sebuah lagi motosikal iaitu jenis Yamaha Y15ZR ditunggang remaja lelaki berusia 16 tahun, namun dia sempat mengelak dan hilang kawalan kemudian terbabas sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiang Seri Istana Kehakiman Sudah Di Makan Anai-Anai, Perlu Di Tukar Segera
- Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Pemimpin UMNO
- Siapa yang takut Najib bebas?
Adakah Nazlan dipilih secara manual dan khusus untuk menghakimi kes SRC ?
“Akibat kemalangan terbabit, penunggang Yamaha 135LC serta Yamaha Lagenda disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans, manakala penunggang Yamaha Y15ZR mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Yahya berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, laman Facebook ‘Ultras’ Perak, The Supporters turut memuat naik ucapan takziah terhadap pemergian dua anak muda itu dengan mengakui kedua-dua mangsa meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menonton perlawanan bola sepak di Stadium Perak, malam tadi.
Ucapan takziah susulan pemergian dua sekawan itu turut dirakamkan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menerusi kenyataan di Facebook rasmi Perak FC, Perak Football Club.
“Saya mewakili pihak pengurusan, barisan jurulatih dan pemain menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan keluarga mangsa tabah menghadapi ujian besar ini.
“Sekali lagi, kami menghargai sokongan peminat Perak FC yang hadir setiap minggu untuk menyokong (skuad) The Bos Gaurus,” katanya.
Dalam perlawanan di Stadium Perak malam tadi, Perak FC tewas 0-5 kepada JDT.
Perak sampai hujung nyawe
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dinafikan perbicaraan adil, Pengampunan YDP Agong dipohon untuk bebaskan Najib segera.
- Sampai bila Zeti akan ‘dilindungi’?
- RCI terhadap Ketua Hakim mampu pastikan Badan Kehakiman tidak sembunyi salah laku puak sendiri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah