Tedung selar ‘jenguk’ keluarga sedang bersiap untuk berbuka
Tedung selar ‘jenguk’ keluarga sedang bersiap untuk berbuka
CHANGLUN: Persiapan sebuah keluarga di Kampung Changkat Setoi untuk berbuka puasa terganggu apabila seekor ular tedung selar tiba-tiba memasuki kediaman mereka.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang tadi apabila kehadiran tedung selar sepanjang hampir tiga meter itu disedari penghuni rumah ketika hendak mengambil barang dalam stor.
Sukarelawan penangkap ular, Mohd Nizam Abdul Rahman, 54, berkata dia menerima panggilan berhubung kehadiran tedung selar itu sebelum waktu berbuka puasa dan bergegas ke lokasi untuk membantu.
Sebaik tiba, katanya, dia segera masuk ke dalam stor sebelum ternampak seekor tedung selar yang agak kekenyangan.
“Mungkin dia baru telan tikus kerana perutnya kembung…reptilia itu nampak kekenyangan dan ia memudahkan saya menangkapnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Makin Memuncak
- ‘Pejuang’ KWSP Yang Berjalan Kaki Di Taja PN?
- Peguam Najib buat permohonan batal kes RM6.6 bilion IPIC
“Ketika itu baru selesai waktu berbuka puasa dan selepas menangkap ular, saya hubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk mengambilnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Nizam yang sudah lama terbabit dalam penangkapan ular percaya, berkemungkinan tedung selar itu datang dari semak berhampiran untuk berlindung di rumah penduduk.
Dia yang kini bekerja di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok sering membantu penduduk kampung menangkap ular secara sukarela sejak beberapa tahun lalu dan pernah berkhidmat sebagai sukarelawan APM Kubang Pasu sebelum ini.
“Sepanjang menangkap ular, saya gunakan kemahiran sendiri untuk menangkap reptilia berkenaan dengan menggunakan besi pencakuk,” katanya.
Tedung selar ‘jenguk’ keluarga sedang bersiap untuk berbuka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dinafikan perbicaraan adil, Pengampunan YDP Agong dipohon untuk bebaskan Najib segera.
- Sampai bila Zeti akan ‘dilindungi’?
- RCI terhadap Ketua Hakim mampu pastikan Badan Kehakiman tidak sembunyi salah laku puak sendiri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :