PSG bukanlah Kylian Saint Germain – Mbappe

LONDON: Paris Saint Germain (PSG) menaikkan kemarahan Kylian Mbappe apabila pemain Perancis itu kecewa dengan kelab disertainya itu yang menggunakan dirinya sebagai ‘poster boy’ untuk jualan tiket musim bagi kempen 2023-24.

Kapten Perancis itu menyelar PSG dalam satu kenyataan di Instagram menyatakan alasan bahawa dirinya tampak begitu menonjol dalam promosi tiket musim mereka selain mengakui tidak dimaklumkan mengenai kandungan serta tidak bersetuju dengan video berkenaan.

Mbappe diletakkan di kedudukan depan dan tengah iklan berkenaan, selain memaparkan temubual dengannya di samping aksi perlawanan dan klip penyokong.



Malah, tiada ruang yang boleh dilihat untuk mana-mana rakan sepasukannya dengan pemain tonggak seperti Lionel Messi dan Neymar turut tidak disertakan dalam iklan berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Mbappe nyata membantah penggunaan imej dirinya digunakan dengan cara sebegitu dan menegaskan yang kelab bukanlah ‘Kylian Saint-Germain.’

“Saya baru saja mengambil bahagian untuk melihat lanjutan kempen kelab bagi musim 23/24,” kata Mbappe di Instagram miliknya. “Saya tidak dimaklumkan mengenai kandungan temubual berkenaan dengan interlokutor itu.

“Ia tampak seperti temubual biasa pada hari pemasaran kelab. Saya tidak bersetuju dengan video yang disiarkan itu. Sebab itu saya memperjuangkan hak imej individu. PSG adalah sebuah kelab besar dan keluarga besar tetapi apa yang jelas bukanlah Kylian Saint Germain.”



Klip berdurasi 75 saat itu memperlihatkan Mbappe ditonjolkan dengan begitu meluas, baik daripada sudut kata-kata, wajah ataupun sorotan semasanya di kelab berkenaan.

Sebelum ini terdapat spekulasi berkaitan sama ada Messi dan Neymar akan kekal berada di Parc des Princes musim depan dan kelab tampak memberi tumpuan kepada penjualan tiket musim depan atas idea peminat akan hadir ke stadium untuk melihat aksi Mbappe.

Agensi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading