Burnley kembali ke EPL musim depan

Burnley FC v Middlesborough away at Middlesborough Stadium 7 April 2023

LONDON: Pengendali Burnley, Vincent Kompany berkata, dia juga terkejut dengan keupayaan pasukannya mengesahkan kenaikan ke Liga Perdana Inggeris lebih awal selepas kemenangan 2-1 di Middlesbrough.

19 perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Kejuaraan meletakkan The Clarets di puncak dengan kelebihan 19 mata ke atas penghuni tangga ketiga, Luton yang mempunyai enam perlawanan berbaki musim ini.

Burnley masih mempunyai tujuh perlawanan untuk diharungi, menjadikan ia kenaikan liga paling pantas dalam era Liga Kejuaraan.

“Sekarang Easter dan masih ada tujuh perlawanan berbaki dan kami sudah mula meraikannya. Kami tidak menjangkakannya.



“Kami memang mahu merasai pengalaman ini tetapi kadang kala lebih cepat lebih bagus,” kata Kompany.

Keputusan pantas mendapatkan bekas kapten Manchester City itu selepas pengalaman pertamanya sebagai pengendali di Anderlecht berakhir, ternyata tepat.

Ramai yang menjangkakan masa depan lebih buruk selepas tempoh enam tahun Burnley di liga tertinggi Inggeris itu tamat musim lalu.

Pemain pertahanan, Connor Roberts menjaringkan gol kemenangan ketika permainan berbaki 24 minit di Riverside.



Sebelum itu Ashley Barnes meletakkan Burnley di depan tetapi Chuba Akpom menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti untuk gol ke-27nya musim ini.

Kemenangan Burnley juga membantu Sheffield United menghampiri kepulangan ke Liga Perdana Inggeris apabila Middlesbrough kekal di tangga keempat.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading