Ronaldo berang pemain lawan buang masa

RIYADH: Cristiano Ronaldo dilihat bertengkar dengan pemain lawan selepas Al-Nassr seri 0-0 kepada Al Feiha, awal pagi tadi.

Pasukannya kini menduduki tempat kedua dalam pemburuan gelaran Liga Pro Saudi selepas mereka kehilangan mata kepada Al Feiha ketika pencabar utama mereka, Al-Ittihad merakam kemenangan 2-1 ke atas Al-Wehda untuk mendahului dengan kelebihan tiga mata di tangga teratas.

Kekecewaan Ronaldo jelas dapat dilihat selepas tamat perlawanan apabila penyerang itu bertengkar dengan beberapa pemain lawan sambil menyifatkan pihak lawan  yang berada di tangga ke-11 membuang masa.



Pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu dengan dengan nada marah berkata kepada pemain Al Feiha, Ali Al-Zaqaan ‘anda tidak mahu bermain’ sebelum berjalan meninggalkan padang dan memasuki terowong.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama pemain berusia 38 tahun itu keluar dari padang dalam keadaan marah, dengan Ronaldo dilihat menendang botol air ketika berjalan keluar dari padang sebagai tanda kecewa selepas pasukannya tewas di tangan Al-Ittihad 0-1, Mac lalu.

Pada perlawanan itu, Ronaldo turut diejek oleh peminat sambil menjerit nama Lionel Messi.



Ia juga bukan kali pertama dia diejek musim ini, dengan seorang peminat muda mencemuh Ronaldo di dalam terowong dengan berkata ‘Messi lebih baik’ selepas menang 3-1 menentang Al-Batin.

AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading