Tarikh melihat anak bulan Syawal pada 20 April

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada hari Khamis, 20 April bersamaan 30 Ramadan 1444 hijriah, menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sebanyak 29 lokasi telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu di Johor; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Pantai Pasir Panjang di Selangor; Mukim Pengkalan Baru, Perak Darul Ridzuan; . Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda dan Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.



Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kelantan; Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, Balai Cerap Al-Biruni; Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Di Pahang pula di Bukit Tanjong Batu, Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan dan di Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.



Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen (RTM).

MalaysiaGazette


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading