Bila Ulamak Politik Berfatwa Mengikut Nafsu
Bila Ulamak Politik Berfatwa Mengikut Nafsu
Abdullah ibn ‘Amr meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
Mafhumnya:
“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”.
Riwayat Abu Daud (3580), al-Tirmizi (1337) dan Ibn Majah (2313)
Sangat jelas, rasuah adalah perbuatan yang sangat keji hingga Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah.
Tiada khilaf mengenai hukuman terhadap rasuah.
Namun kini, negara bukan sahaja berhadapan dengan masalah rasuah yang sedang diperangi oleh kerajaan sekarang.
Tetapi negara juga berhadapan dengan masalah ‘ulamak politik’ yang cuba mengelirukan rakyat dengan cuba menghalalkan rasuah.
Bukan sahaja masyarakat Islam menjadi keliru, malah masyarakat bukan Islam lebih keliru.
Bagaimana orang yang berjubah dan berkopiah boleh sokong rasuah?
Pernah dengar atau baca kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak mengamalkan rasuah semasa ‘memfaraidkan’ RM92.5 bilion projek Jana Wibawa?
Jawapannya, tidak.
Beliau hanya berkata duit itu tidak masuk ke akaun peribadi tapi akaun lain, tetapi akaun siapa?
Ironiknya, dengan angkuh beliau memuji tindakan tersebut dengan menyatakan kononnya tindakan itu adalah suci dan berprinsip.
Ulamak Politik Adalah Golongan Berilmu Tetapi Tidak Berakal
Mungkin benar dakwaan Muhyiddin kerana sebelum itu, ‘ulamak politik’ dari PAS sudah ‘menyucikan’ rasuah dengan menjenamakan semula sebagai sedekah.
Apabila kerajaan membongkar segala penyelewengan, dilabelkan pula ianya sebagai Pesta Kezaliman.
Apakah pihak yang memutarbelitkan hukum Allah SWT ini tidak pernah berjumpa dengan ayat Al Quran berikut?
Firman Allah SWT:
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَاَ الَّذِيْٓ اٰتَيْنٰهُ اٰيٰتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَاَتْبَعَهُ الشَّيْطٰنُ فَكَانَ مِنَ الْغٰوِيْنَ
Mahfumnya:
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami”.
“Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat”.
Al A’raf : 175
Kemudian di ayat berikutnya Allah SWT berfirman:
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنٰهُ بِهَا وَلٰكِنَّهٗٓ اَخْلَدَ اِلَى الْاَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوٰىهُۚ فَمَثَلُهٗ كَمَثَلِ الْكَلْبِۚ اِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ اَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْۗ ذٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِيْنَ كَذَّبُوْا بِاٰيٰتِنَاۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ
Mafhumnya:
“Dan sekiranya Kami menghendaki niscaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah)”.
“Maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga)”.
“Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami”.
“Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berpikir”.
Sungguh hina kedudukan ‘ulamak’ yang menjual ayat dan hukum Allah SWT semata-mata demi untuk mendapat sedikit keuntungan dunia.
Sehingga Allah SWT menggunakan perumpaan anjing untuk menggambarkan sikap mereka.
Inilah bezanya antara ulamak politik dengan ulamak yang sebenar.
Ulamak politik menggunakan agama untuk meraih keuntungan politik mereka, tetapi ulamak sebenar menggunakan politik untuk kepentingan agama.
Apakah kita masih lagi mahu mendokong golongan yang disebutkan sebagai anjing oleh Allah SWT?
Bila Ulamak Politik Berfatwa Mengikut Nafsu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Hipokrasi Manusia Bernama Muhyiddin
- Ketua Hakim Negara WAJIB Letak Jawatan
- Perlukah DS Najib Jalani Tempuh Hukuman Penjara Tertentu Sebelum Mendapat Pengampunan?