Liga Malaysia buka tirai rasmi 3 Mei depan

Liga Malaysia buka tirai rasmi 3 Mei depan

Liga Malaysia buka tirai rasmi 3 Mei depan
Pasukan JDT telah mendominasi semua empat pertandingan Liga Malaysia tahun ini. – Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai tarikh sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan akhirnya terjawab selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan aksi pembuka tirai bakal berlangsung pada 3 Mei depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MFL membuat rombakan jadual Liga M mengikut format kalendar Konfederasi Bola zdepak Asia (AFC) dengan jangkaan saingan berakhir pada April 2025.

Menurut MFL, perubahan juga terpaksa dilakukan berbanding perancangan asal pada pertengahan 2024 kerana beberapa faktor tertentu.



“Selepas Liga Mal melabuhkan tirai pada 17 Disember lepas, pemain-pemain Harimau Malaya akan melaporkan diri ke kem latihan pusat pada 26 Disember sebelum mengharungi Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari 2024.

“Kemudian tugasan skuad Harimau Malaya akan diteruskan dengan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…




“Selain itu, penglibatan pemain muda kelab-kelab Liga M bersama skuad B-23 negara pada Piala Asia B-23 Doha, Qatar bermula pada 15 April 2024 sehingga 3 Mei 2024 juga diambil kira.

“MFL juga melihat kekangan masa pasukan-pasukan dalam membuat persiapan menjelang musim baharu berikutan sambutan Ramadan daripada awal Mac 2024 dan perayaan Aidilfitri dijangka pada 10 atau 11 April 2024,” kata kenyataan tersebut.

Badan pengelola bola sepak negara itu turut mengesahkan saingan Piala MFL akan bermula pada 13 Mei 2024 manakala jendela perpindahan pemain Liga M 2024/2025 akan bermula pada 3 Februari sehingga 26 April 2024.

Sebagai rekod, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai semua empat trofi Liga M musim ini seperti Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super. – KOSMO! ONLINE



Liga Malaysia buka tirai rasmi 3 Mei depan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button