Dua lelaki ditahan edar arak seludup

Muar: Polis menumpaskan sindiket pengedaran arak seludup apabila menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Abong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, serbuan dilakukan pada 4 petang oleh sepasukan anggota Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas menerima maklumat.

Menurutnya, pihaknya menahan dua lelaki warga tempatan berusia 32 dan 47 tahun bagi membantu siasatan.



“Hasil pemeriksaan di rumah sewa itu berjaya menemui 1,418 botol arak pelbagai jenama, mesin pemprosesan arak dan dua kereta Toyota Camry.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai pekerja dan arak seludup berkenaan dijual untuk pasaran sekitar Muar.

“Rampasan kesemua arak berkenaan dianggarkan bernilai RM40,257 manakala anggaran dua kereta yang dirampas pula sekitar RM96,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan juga mendapati sindiket berkenaan yang aktif sejak sebulan lalu menjadikan sebahagian rumah sewa terbabit sebagai stor dan ruang memproses arak.



Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading