PAS Sudah Jauh Tersasar Sejak Pemergian Allahyarham Nik Aziz

PAS Sudah Jauh Tersasar Sejak Pemergian Allahyarham Nik Aziz

PAS Sudah Jauh Tersasar Sejak Pemergian Allahyarham Nik Aziz

Sejak pemergian Allahyarham Nik Aziz, PAS dilihat sudah dikuasai sepenuhnya oleh presiden PAS sekarang, Hadi Awang.

Mungkin bagi anak muda yang mendokong kepimpinan Hadi Awang tidak tahu sejarah yang pernah berlaku dalam kepimpinan PAS sekitar awal 80’an.



PAS Sudah Jauh Tersasar Sejak Pemergian Allahyarham Nik Aziz

Hadi Awang yang ketika itu adalah pemimpin Pemuda PAS telah menggerakkan satu gerakan menjatuhkan Dato’ Asri Muda yang menjadi YDP atau sekarang dipanggil Presiden PAS.

Tidak salah sekiranya pemimpin diturunkan dengan cara demokrasi kerana sudah menjadi adat, apabila daun tua gugur, ianya akan diganti dengan pucuk muda.

 



Tetapi cara yang digunakan oleh Hadi ketika itu adalah sangat tidak beradab.

Baca di sini:

https://m.facebook.com/RevolusiAnakMudaMalaysia/photos/a.202010136476646.53473.199689986708661/1213783241965992/?type=3

Mengapa berlaku pergeseran antara Asri dengan Hadi Awang?



Kerana Asri mendedahkan adanya pemuda PAS telah pergi berkursus ke Iran tanpa pengetahuan kepimpinan PAS.

Untuk rekod, Asri adalah individu yang bertanggungjawab memulakan karier politik Nik Aziz.

Baca di sini:

https://soscili.my/dato-asri-muda-presiden-pas-pertama-yang-disingkirkan-oleh-ahlinya/



Pastinya kita maklum, mengapa Asri tidak bersetuju apabila Pemuda PAS pergi berkursus di Iran.

PAS Sudah Jauh Tersasar Sejak Pemergian Allahyarham Nik Aziz

Pertama kerana bimbang Pemuda PAS akan dipengaruhi dengan revolusi Iran dan kedua kerana pendokong revolusi Iran, Khomeini adalah pemimpin Syiah yang berpengaruh.

Apabila Nik Aziz diangkat sebagai Mursyidul Am PAS, parti tersebut dilihat masih dapat mempertahankan perjuangan asal yang sebenar.



Dengan Dokongan Penyokong PAS, Pemimpin Mereka Semakin Jauh Tersasar

Di era Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS, Hadi tahu beliau tidak boleh bertindak bebas.

Hadi amat sedar, Nik Aziz sangat berpengaruh dalam PAS.

Menentang Nik Aziz adalah ibarat menongkah arus yang akan memakan diri sendiri.

Kini selepas pemergian Nik Aziz, PAS dilihat sudah semakin jauh menyimpang dari perjuangan asal.



Penulis faham, apabila PAS telah disuap dengan ratusan juta wang Jana Wibawa untuk kempen, PAS telah termakan budi.

Sejak dari itulah, PAS ada budaya baru.

Kempen PAS dalam PRU15 adalah termewah sejak parti itu ditubuhkan.

‘Sedekah’ diedar secara bersumpah.

Itu belum kira Dana Judi yang masuk sekali sebagaimana didedah oleh perdana menteri berdasarkan dokumen di Kementerian Kewangan.

Dalil dari ayat suci Al Quran dan hadis Rasulullah SAW diputarbelit semahunya mengikut nafsu dan selera pemimpin.

Fitnah ke atas musuh politik disebar secara meluas tanpa sedikit pun ada perasaan takut kepada azab Allah SWT.

Entah sampai bila penyokong PAS mahu membiarkan diri mereka terus diperkudakan, penulis tidak tahu.

 

PAS Sudah Jauh Tersasar Sejak Pemergian Allahyarham Nik Aziz

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button