KJ tidak berani sentuh Parti Bersatu dan Mahathir
Oleh Adam Malik
Kenyataan terbaru Khairy Jamaluddin membuktikan Tindakan yang diambil oleh UMNO terhadap nya ada lah satu Tindakan yang sangat tepat.
UMNO tidak memerlukan ahli yang berperangai seperti Khairy Jamaluddin.
Benar jugalah pepatah Bahasa Inggeris “jika anda memiliki sahabat seperti Kj, anda tidak perlukan musuh”.
Ini kerana peranan musuh UMNO telah diambil alih oleh KJ.
Jika diperhatikan , peranan mengacau UMNO sememang ikut giliran dari Kluster Khianat.
Jika sebelum ini Tan Sri Annuar Musa paling vokal, peranan itu kemudian diambil alih oleh Datuk Seri Ismail Sabri pula, dan apabila kedua dua mereka bermasalah dengan skandal Menara KL dan Janawibawa 2.0 , maka kini peranan vokal mengacau UMNO diambil alih oleh KJ pula.
Maka, jelas lah siapa “Tuan” yang memegang tengkok mereka mereka ini.
Jika hendak kata KJ konon nya bebas bersuara , namun semua tahu ia tidak bebas juga kerana terhad kepada mengkritik Presiden UMNO dan UMNO sahaja.
KJ tidak akan berani sentuh atau kritik Muhyiddin Yassin atau Tun Mahathir.
Anwar Ibrahim juga KJ tidak berani sentuh.
Begitu lah keberanian terhad KJ.
Mungkin dengan kenyataan terbaru nya, beliau mengharapkan Anwar Ibrahim menendang keluar UMNO lalu tanpa UMNO KJ boleh terima tawaran Anwar untuk menjadi Menteri.
“KJ is all about himself” begitu lah pernah dikatakan oleh seorang penulis satu masa dahulu.
Ketika mula masuk UMNO dan menjadi ‘parasit’, menumpang bapa mentua nya, KJ menyatakan Hasrat mahu menjadi Perana Menteri sebelum mencecah umur Empat puluh.
Ini bermakna , perjuangan KJ bukan untuk parti, negara dan bangsa melainkan untuk diri sendiri sahaja.
Ketika berkempen pada PRU15 , Kj menguna kaedah “Undi lah saya jika anda benci Presiden UMNO”.
Begitu lah cara KJ promosi diri nya dengan memijak kepala pihak lain.
Setelah memburuk kan Presiden UMNO apabila kalah, KJ tuding jari kepada Presiden antara sebab UMNO kalah.
Maka begitu lah cara KJ.
Satu waktu dahulu Pergerakan Pemuda UMNO tidak berapa berfungsi , dan didapati alasan nya atas sebab Ketua Pemuda nya (KJ) tiada jawatan Menteri.
Ia ada lah cara beri tekanan supaya KP dilantik jadi Menteri , sedangkan Presiden dilaporkan terima tekanan oleh “seseorang” supaya tidak melantik KP menjadi Menteri.
Dalam lontaran dilaman Facebook nya Dr Puad Zarkashi menyelar KJ .
Hasrat KJ mahu memberi ‘hint’ supaya Anwar tendang UMNO sudah dapast dikesan.
Untuk peringatan , Anwar pernah melamar KJ menjadi Menteri nya.
Maka , adakah KJ berhasrat untuk menjadi Menteri jika Anwar tendang UMNO keluar?
Apa pun faktor KJ sudah tidak penting lagi kepada UMNO.
Niat dan Hasrat nya serta siapa “Tuan” yang diampu bodek oleh KJ tidak lagi releven kepada UMNO.
UMNO melihat cara mudah, KJ tidak berani sentuh dan kritik Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir sudah cukup memberi petanda Kj sewajar nya disepak keluar.
KJ pernah memberi kenyataan mahu menjadi Perdana Menteri sebelum umur 40 , tapia apa yang terjadi Kj sudah menjadi pengkhianat umno sebelum umur 50.