‘Streamer’ permainan dalam talian rugi hampir RM100,000 ditipu

Kuala Lumpur: Seorang ‘streamer’ permainan dalam talian mengalami kerugian RM95,700 selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa iaitu seorang wanita tempatan, di sini, semalam.

“Kejadian itu berlaku kira-kira 2 petang semalam, apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku daripada Ibu Pejabat Pos Malaysia Kuala Lumpur.



“Individu itu memaklumkan kepada mangsa terdapat penghantaran dua kad ATM, satu buku cek dan satu token bank kepada pihak tertentu yang dibuat oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beh berkata, mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu sebelum panggilan telefon berkenaan disambungkan kepada pihak polis.

Beh berkata, mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu sebelum panggilan telefon berkenaan disambungkan kepada pihak polis.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading