Pemimpin PH Dan BN Mesti Berhenti Berbalah Secara Terbuka

Pemimpin PH Dan BN Mesti Berhenti Berbalah Secara Terbuka

Pemimpin PH Dan BN Mesti Berhenti Berbalah Secara Terbuka

Kebelakangan ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin Barisan Nasional (BN) dilihat saling berbaalah dan serang menyerang secara terbuka.

Penulis melihat apa yang berlaku sekarang ini bukanlah sesuatu yang sihat, lebih-lebih lagi PH dan BN akan menghadapi pilihanraya negeri yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Jun.



10 April lalu, ahli parlimen Pasir Gudang (PH/PKR), Hassan Karim, mendakwa pengampunan DS Najib dan representasi peguam DS Zahid untuk menggugurkan kes sebagai menyeramkan.

Menurut Hassan, perkembangan ini telah mencalarkan imej Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh perdana menteri, Anwar Ibrahim.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/661730



Kenyataan Hassan kemudiannya disambut oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang berkata, Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya bekas perdana menteri Najib Razak diberikan pengampunan diraja.

“Saya telah mengatakan bahawa peluang kerajaan perpaduan Anwar untuk bertahan selama lima tahun penuh adalah positif”.

“Tetapi ia tidak boleh merosakkan diri sendiri dengan melaksana dasar yang bertentangan dengan nilai teras dan prinsip asas untuk membina negara bangsa Malaysia”.



“Sebagai sebuah negara majmuk yang disokong oleh 4 presiden Umno yang terawal”.

“Seperti usaha untuk memerangi rasuah dan mengembalikan badan kehakiman yang bebas”.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/662280



Kenyataan Hassan dan Lim Kit Siang kemudiannya disanggah oleh ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Puad Zarkashi.

Menurut Dr Puad, ada pemimpin PH yang takut sekiranya DS Najib dibebaskan.

Mereka bimbang gandingan antara DS Najib dan DS Zahid akan menjadi ancaman kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan.

Baca di sini:



https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/pfbid029e5f51SGfzDYba2is3qY3ZzHCrVV1RaCojaCLTay8GncRJREV5ZufCZYwyE2rp8gl

Lim Kit Siang Dan Hassan Memutarbelit Fakta Dengan Cuba Memadamkan Sejarah

Lim Kit Siang dan Hassan lupa, ketika Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 memerintah, pelbagai perkara telah dilakukan dengan sangat tidak beretika.

Pengampunan Anwar diberikan dalam keadaan ketiadaan Peguam Negara kerana Peguam Negara ketika itu dipaksa bercuti.

Bukankah kehadiran Peguam Negara adalah kehadiran wajib dalam Lembaga Pengampunan dan siapakah yang membuat lapuran pengampunan kepada Lembaga Pengampunan ketika itu?



Pengguguran kes Lim Guan Eng dilakukan tanpa alasan dan sebab yang dapat dijelaskan hingga sekarang ketika kes sedang dibicarakan di mahkamah.

Sebaik-baiknya Lim Kit Siang dan Hassan berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi sekiranya benar mahu melihat Kerajaan Perpaduan bertahan hingga ke hujung penggal.

Kalau benar sayngkan rakyat dan Kerajaan Perpaduan, banyak lagi isu lain yang boleh dikupas untuk penambahbaikan kepada kerajaan dan rakyat.

Isu kos sara hidup, isu hutang luar RM1.5 trilion, isu pelabur asing, isu pengangguran, isu upah dan gaji pekerja dan pelbagai isu lagi.

Perbalahan terbuka sebegini hanya akan menguntungkan Perikatan Nasional dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Hentikan usaha untuk mendapatkan populariti politik murahan.

 

Pemimpin PH Dan BN Mesti Berhenti Berbalah Secara Terbuka

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button