155,000 kakitangan awam Kanada bersedia untuk mogok

OTTAWA: Lebih 155,000 kakitangan awam Kanada akan mengadakan mogok esok jika tiada persetujuan dicapai dengan kerajaan berhubung gaji dan tuntutan lain, menurut kesatuan sekerja mewakili mereka.

Penjawat awam itu merangkumi kakitangan di lebih 20 jabatan termasuk Agensi Hasil Kanada, yang masih belum mempunyai kontrak kerja sejak 2021 dan minggu lalu menyatakan sokongan padu bagi melakukan mogok.

Kakitangan kesatuan berkata jurang perbezaan pendapat antara kedua-dua berhubung gaji, keselamatan kerja dan kerja di luar pejabat, adalah terlalu besar untuk mencapai sebarang persefahaman.



“Kakitangan ini, sama seperti pekerja lain, berhak mendapat gaji yang setimpal dan keselamatan munasabah di tempat kerja

“Walaupun ada sedikit kemajuan di meja rundingan, kakitangan kesatuan kecewa kerana ketika perbincangan berjalan, ternyata komitmen pihak majikan ketinggalan jauh.

“Kita sudah berunding lebih dua tahun, dan pekerja ini tidak boleh menunggu lebih lama, itulah sebabnya kami memilih jalan ini (mogok) untuk memperjuangkan hak kami,” kata Presiden Kebangsaan Persekutuan Perkhidmatan Awam Kanada (PSAC), Chris Aylward.

Tambah beliau, jika tiada persefahaman dicapai menjelang jam 9 malam waktu tempatan hari ini, mogok akan dimulakan pada jam 12.01 pagi esok.



Walaupun PSAC hanya kesatuan sekerja yang kecil berbanding Kesatuan Kakitangan Awam Kanada, mogok yang dilakukannya masih mampu menjejaskan tadbir urus kerajaan.

Sekiranya mogok anggota PSAC diteruskan, penduduk Kanada diminta bersedia menghadapi kelewatan memproses pulangan cukai pendapatan, imigresen dan permohonan suaka, permohonan pasport serta permit pekerja asing.

Perkhidmatan Konsular dan bayaran faedah veteran tentera juga dijangka terjejas.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading