Ketumpulan penyudah hantui Inter

Milan: Inter Milan semakin hampir ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) kali pertama sejak muncul juara Eropah 13 tahun lalu tetapi ketumpulan penyudah menghantui pasukan itu menjelang aksi menentang Benfica awal pagi Khamis ini.

Kemenangan 2-0 di Lisbon minggu lalu membolehkan Inter berpeluang menentang satu lagi kelab Itali dalam saingan empat terakhir sama ada Napoli atau AC Milan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi lebih baik berbanding Inter musim ini dengan skuad Simone Inzaghi kurang menyerlah di peringkat domestik.



Inter tewas satu pertiga dalam aksi Serie dengan kekalahan terbaru 0-1 kepada Monza di tempat sendiri yang ke-11 dalam 30 perlawanan dan kemenangan ke atas Benfica yang pertama mereka dalam lapan perlawanan.

Selepas bersaing sengit dalam pemburuan gelaran liga musim lalu, Inter kini ketinggalan 24 mata di belakang pendahulu Napoli dan dua mata di bawah pasukan di tangga keempat AC Milan.

Memburukkan lagi keadaan apabila mereka tewas tiga aksi terakhir di tempat sendiri tanpa menjaringkan gol.

Lautaro Martinez kemarau jaringan sejak 5 Mac lalu pada kemenangan terakhir aksi Serie A ke atas Lecce manakala Edin Dzeko turut gagal menembusi gawang lawan sejak membantu menewaskan Milan dalam saingan Piala Super pada 18 Januari dan Joaquin Correa meneruskan ketumpulannya sejak Oktober lalu.



Sementara itu, Romelu Lukaku berdepan kepulangan mengecewakan ke Inter dan hampir pasti dihantar semula ke Chelsea pada musim panas selepas gagal mendapatkan kembali naluri pemusnah yang membantu Inter menjuarai liga dua musim lalu.

Penyerang Belgium itu hanya menjaringkan tiga gol daripada permainan terbuka musim ini manakala empat lagi jaringannya hasil sepakan penalti.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading