Sharnaaz Ahmad Ada Kekasih
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengaku dirinya sedang berkawan rapat dengan seorang wanita.
Malu nak cerita
Ketika ditemui OhBulan!, Sharnaaz berkata dia enggan menjaja kisah peribadinya kepada umum. Kata aktor berumur 37 tahun, dia bimbang sekiranya hubungan tidak berakhir dengan baik.
Memang saya ada berkawan dengan seseorang. Tetapi saya tak mahu jadi macam kisah sebelum ini dengan terlalu bercerita soal peribadi.
Saya akan cerita bila sudah betul-betul sah nanti, Usia sekarang pun semakin meningkat, jadi segan nak bercerita. Biarlah artis muda kongsi kisah peribadi mereka pula, saya dah rasa semua itu dulu.
Sharnaaz berkata demikian ketika sidang media filem Polis Evo 3 yang diadakan di Six In The City, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Selain Sharnaaz, Polis Evo 3 turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Syafiq Kyle, Fezrul Khan dan ramai lagi.
Pernah lalui fasa kegagalan
Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menyatakan dia insan yang tidak sempurna selain tidak meletakkan harapan tinggi kerana setiap individu ada kekurangan.
Apabila bergelar duda, dah jadi macam penyakit apabila kita mencari kesempurnaan pada pasangan baru. Saya sedar diri ini tidak sempurna.
Rasa takut hubungan kali ini tak menjadi sebab salah sendiri.Saya pun kenalah sedar diri sendiri. Saya pernah berkahwin dan juga pernah melakukan kesilapan.
Terdahulu, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sumber : ohbulan