Ibu Hakimi dedah situasi sebenar

RABAT, Maghribi: Saida Mouh, ibu kepada pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, berkata dia langsung tidak tahu berkenaan harta yang diletakkan atas namanya serta perpindahan wang dilakukan anaknya itu.

Mouh berkata, Hakimi tidak pernah memberitahu apa-apa kepadanya berkenaan situasi itu.

“Apa salahnya jika berita itu benar? Jika anak saya tidak berbuat begitu, dia tidak akan dapat lepas daripada wanita itu (Hiba Abouk),” kata Mouh.



Menurut laporan terkini, Abouk tidak akan menerima apa-apa daripada aset Hakimi kerana semuanya didaftarkan atas nama ibu pemain Paris Saint-Germain dan Maghribi itu.

Abouk sebelum ini dilaporkan menuntut separuh daripada aset dan kekayaan Hakimi tetapi terkejut apabila mendapati pemain itu tidak memiliki apa-apa di bawah namanya.

Malah 80 peratus daripada gaji Hakimi di PSG juga dimasukkan terus ke dalam akaun ibunya, yang turut diletakkan sebagai waris tunggal untuk pendapatan serta kekayaannya.

Hakimi dan Abouk yang mempunyai dua orang anak lelaki bersama, bercerai bulan lalu.



AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading