Siapa Yang Bakal Di Kambing Hitam Dalam Kes Minyak Masak KPDN

Siapa Yang Bakal Di Kambing Hitam Dalam Kes Minyak Masak KPDN

Siapa Yang Bakal Di Kambing Hitam Dalam Kes Minyak Masak KPDN

Terjawab juga persoalan kenapa minyak masak bersubsidi untuk golongan B40 kerap kurang di pasaran.

Ramai yang terkejut apabila anak Hamzah Zainuddin, Faizal Hamzah didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyelewengkan subsidi minyak masak.



Beliau dituduh mengemukakan invois palsu untuk membuat tuntutan subsidi minyak masak dari kerajaan.

Untuk mudah faham, beliau membuat invois palsu untuk menuntut subsidi tanpa membekalkan minyak masak kepada penjual.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/04/05/anak-hamzah-zainuddin-di-dakwa-di-mahkamah/



Namun bagi penulis, sindiket tuntutan palsu subsidi minyak masak tidak akan selesai dengan hanya mendakwa Faizal di mahkamah.

Siapa di belakang tuntutan invois palsu, siapa pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri yang turut bersubahat?

Pasti ada seorang yang cukup berpengaruh yang melindungi skandal tuntutan invois palsu ini.

Dan pasti ada pegawai kementerian yang turut sama bersubahat untuk meluluskan dan membuat bayaran tersebut.



Tidak mungkin invois palsu yang bernilai jutaan ringgit dan berlarutan selama beberapa tahun tidak disedari oleh mana-mana pegawai di kementerian tersebut.

Ketua Setiausaha KPDN, Azman Yusof, telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan berkaitan kes tersebut.

Namun, mengikut Akta Kontrak 1949, penurunan kuasa kementerian ialah kuasa Menteri dan selepas itu Ketua Setiausaha Kementerian.

Kenapa hanya KSU yang dipanggil?



Bagaimana dengan mantan-mantan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sejak 2017 tidak dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan?

Adakah Faizal telah dikambing hitamkan atau akan ada pendakwaan susulan selepas ini.

 

Siapa Yang Bakal Di Kambing Hitam Dalam Kes Minyak Masak KPDN

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button