Mayat terapung di sungai berhampiran loji rawatan air

Kluang: Mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya ditemui terapung di sungai berhampiran Loji Rawatan Air Kahang Baru, Batu 22, Kahang, di sini, 11.40 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mayat ditemui tersangkut pada pelepah kelapa sawit.

Katanya, hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam berunsur jenayah pada badan mangsa.



Katanya, saksi lelaki, 41, yang sedang menjalankan kerja proses rawatan air di loji berkenaan ternampak objek menyerupai mayat.

“Pemeriksaan dibuat oleh Pegawai Penyiasat Jenayah bersama Ketua Polis Balai (KPB) Kahang mendapati mayat dalam keadaan membengkak, berpakaian baju T dan seluar panjang hitam.

“Tiada apa-apa aksesori dan lain-lain dokumen peribadi pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK) dan untuk bedah siasat.



“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Dalam pada itu, Komander Operasi Pegawai Bomba, Darmanshah Mohd Naim dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang berkata, lapan anggota bersama tiga jentera dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mayat mangsa dibawa ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 3.45 petang,” katanya.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading