2 ahli pasukan sorak ditembak selepas salah buka pintu kereta

HOUSTON: Dua ahli kumpulan sorak Afrika Amerika ditembak selepas seorang daripada mereka tersilap membuka pintu kereta di parkir sebuah pasar raya berhampiran Austin, Texas, Amerika Syarikat, pada Selasa.

Suspek, seorang lelaki berkulit putih berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr, ditahan beberapa jam kemudian di Elgin, kira-kira 50 minit pemanduan dari Austin, menurut Jabatan Polis Elgin dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Pegawai bertindak balas terhadap insiden yang berlaku di tempat letak kereta pasar raya H-E-B sejurus selepas tengah malam Selasa.



Seorang remaja dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi dirawat di tempat kejadian, menurut kenyataan itu.

Saluran media tempatan KPRC melaporkan bahawa dua remaja itu adalah ahli pasukan sorak elit kawasan Houston.

Mereka baru sahaja menamatkan sesi latihan sebagai persediaan menghadapi pertandingan yang akan datang sebelum ditembak.

Seorang gadis bertindak membuka pintu kereta yang disangka miliknya sebelum mendapati seorang lelaki sedang duduk di bahagian penumpang.



Apabila dia menyedari ia bukan kereta yang betul, dia pergi semula ke kereta lain, lapor KPRC.

“Saya nampak lelaki itu keluar dari bahagian penumpang. Dan saya menurunkan tingkap saya ke bawah, dan saya cuba meminta maaf kepadanya… dan dia terus mengeluarkan pistol, dan dia mula menembak kami semua,” kata seorang lagi ahli pasukan sorak Heather Roth.

Roth terkena peluru, tetapi seorang lagi gadis, Payton Washington telah ditembak dua kali dan cedera parah, menurut GoFundMe yang diterajui oleh syarikat soraknya, Woodlands Elite Generals.

Suspek telah didakwa atas serangan yang membawa maut, jenayah tahap ketiga.



Polis berkata pertuduhan tambahan boleh difailkan.

BERNAMA-XINHUA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading