Hujan cacing ?

KUALA LUMPUR: Sebuah video telah ditonton jutaan kali selepas dikongsikan dengan dakwaan palsu bahawa ia menunjukkan ‘hujan cacing’ di Beijing, China.

Semakan AFP mendapati video itu sebenarnya dirakam di bandar Shenyang, di timur laut China, dan menunjukkan bunga catkin yang gugur dari pokok poplar, yang memang sering ditemukan di Wilayah Liaoning dan bahagian utara negara itu.

Video itu dimuatnaik pada 10 Mac 2023 menerusi TikTok. Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan barisan kereta di jalan yang diselubungi objek yang terlihat berbentuk seperti cacing.



Kapsyen catatan itu berbunyi: “Hujan Cacing di Beijing – rata-rata netizen tertanya-tanya apakah petandanya?”

Teks pelekat dalam video mengulangi apa yang ditulis di bahagian kapsyen.

Video itu telah ditonton lebih daripada 4.6 juta kali selepas dikongsikan dengan dakwaan serupa di TikTok serta Facebook.



Catatan serupa juga tersebar dalam bahasa Cina, Inggeris, Indonesia dan Jepun.

Bagaimanapun, video itu sebenarnya menunjukkan bunga catkin yang gugur dari pokok poplar, bukan “hujan cacing.”

Melihat lebih dekat pada ternyata plat kenderaan yang dilihat pada kenderaan dalam video itu adalah pendaftaran kenderaan di bandar Shenyang, di Wilayah Liaoning, sebelah timur laut China.

Carian kata kunci di Baidu Maps menggunakan nama kedai yang dilihat dalam klip mendapati video itu dirakam di Jalan Wenhua, Shenyang.



Seseorang dengan nama keluarga Zhang, yang bekerja di sebuah restoran berhampiran dengan lokasi tersebut, mengesahkan kepada AFP terdapat pokok poplar di Jalan Wenhua yang menggugurkan bunga secara bermusim.

“Saya melihat bunga poplar berguguran di jalanan setiap tahun di Shenyang,” kata Zhang pada 28 Mac 2023.

Zhang juga berkongsi kepada AFP beberapa foto diambilnya yang menunjukkan bunga-bunga catkin di Jalan Wenhua, di luar restoran tempatnya bekerja.

Pokok poplar adalah sebahagian daripada keluarga willow, berasal dari hemisfera utara.



Bunga ini mekar dalam bentuk catkin – gugusan bunga berbentuk silinder yang terkulai. Bunga ini mekar sebelum daun muncul, untuk memudahkan pendebungaan angin.

China mempunyai “kekayaan yang unik” jenis pokok keluarga poplar, terutamanya di pelbagai wilayah utara negara itu, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Biro Keselamatan Awam, bahagian dari Kementerian Keselamatan Awam China, juga berkata pada 12 Mac 2023 di Weibo bahawa video yang tular itu menunjukkan bunga daripada pokok poplar.

Ahli Jawatankuasa Komunikasi Saintifik Persatuan Botani China, Shi Jun, memuat naikkan beberapa foto catkin yang serupa pada 12 Mac 2023 di Weibo, bersama hashtag mengenai video itu.



Foto-foto catkin itu menyerupai apa yang terlihat dalam video.

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading