Tak Masak Sahur, Suami Tetak & Tikam Isteri Sehingga Mati

Hanya sebab tersinggung dengan isteri kerana menolak permintaan untuk memasak juadah sahur, seorang suami tergamak menetak isterinya sehingga mati.

Menurut Ketua Polis Daerah Pesawaran AKBP, Protomo Widodo menjelaskan bahawa, kejadian itu berlaku pada awal pagi Isnin di Desa Trirahayu, Kabupaten Negeri Katon, Indonesia.

Pada awal kejadian, suspek yang berusia 32 tahun itu baru sahaja menyembelih seekor ayam dan meminta mangsa memasak untuk dijadikan juadah sahur. Bagaimanapun, mangsa menolak permintaan suaminya itu kerana letih.



Berang dengan alasan yang diberikan, suspek keluar dari rumah lalu menetak pokok betik dengan parang. Melihat perkara itu, mangsa kemudian berasa takut dan bersetuju untuk memasak ayam tersebut serta turut dibantu oleh ibu mangsa.

Mangsa mengajak suaminya untuk makan, namun sudah terlamat kerana suspek sudah tidak dapat mengawal emosi marahnya.

Mangsa berusia 30 tahun itu, kemudian dikejar oleh suspek hingga ke halaman rumah lalu menetaknya berulang kali menggunakan parang.

Berdasarkan laporan polis, wanita itu juga didapati maut dengan kesan tikaman di seluruh badan iaitu di dahi, lengan dan di belakang kepala.



Susulan itu, pihak polis telah menahan suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pesawaran.

Sumber: Tribun News

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button