Jenazah datuk, cucu dikebumi dalam satu liang lahad

Kuala Nerus: Jenazah datuk dan cucu tiri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor dekat Cheneh, Chukai semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad hari ini.

Jenazah Abd Halim Ismail, 71, dan Nur Alisha Mardiah Mohammad Ubaidillah berusia dua tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis, Batu Rakit pada 12.45 tengah hari.

Kedua jenazah itu dibawa pulang dari Hospital Kemaman sebelum disolatkan di rumah Abd Halim di Kampung Pengkalan Atap di sini.



Semalam, dilaporkan enam individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Proton Persona pada 5 petang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dikatakan terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenal pasti Tuan Yah Dollah, 61; Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2; Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23, dan Abdul Halim.

Dua lagi mangsa iaitu Nur Alisha Mardiah dan Rosliza Mat Hussin, 38, pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading