Khuatir rumah pusaka roboh, lapan keluarga tidur dalam khemah malam raya

KUALA KANGSAR: Menyedari jarang ada kesempatan untuk berkumpul, pemuda dikenali Haie bersama keluarga dan sanak saudaranya sepakat meraikan Aidilfitri dengan pulang beraya di Kampung Bekor, Manong, di sini.

Meskipun bilangan ahli keluarga ramai, mereka tidak menempah inap desa sebaliknya memilih bermalam dalam khemah yang didirikan di halaman rumah.

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas Haie, 38, memuat naik video di TikTok, kelmarin.



Bercerita lanjut, Haie berkata, idea berkhemah di halaman rumah pusaka datuknya itu tercetus hasil perbincangan bersama dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

“Tahun ini, kami terdiri daripada lapan keluarga sepakat beraya di sini (Kampung Bekor) dengan datang ke rumah arwah datuk.

“Rumah itu sudah 20 tahun tidak didiami tetapi dijaga dengan baik oleh ibu saudara saya cuma tidak besar.

“Oleh kerana khuatir rumah itu roboh jika tidur beramai-ramai di dalamnya, kami sekeluarga sepakat bawa khemah dan bermalam di luar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Menurut Haie, itu kali pertama dia sekeluarga dan sanak saudaranya berkhemah di depan rumah kerana sebelum ini mereka akan bermalam di inap desa.

Bagaimanapun, Haie mengakui pengalaman itu sangat menyeronokkan walaupun hanya satu malam.

“Tujuan kami sekeluarga berkumpul di rumah arwah datuk adalah kerana abah, ibu dan bapa saudara saya mahu menggamit kenangan beraya di sini dulu.

“Walaupun berkhemah namun kami semua tak tidur sangat kerana banyak bersembang dan main mercun bersama.



“Memang seronok kerana bukan selalu dapat berkumpul beramai-ramai jadi kami gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya.

“Ikutkan, keluarga saya memang kaki ‘camping’ jadi sudah biasa cuma ini kali pertama berkhemah di dalam kampung,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading