Didenda RM1,000 simpan kepala, daging kijang

Oleh – Syeikh Baran


Didenda RM1,000 simpan kepala, daging kijang
Anggota Perhilitan membawa barang kes di Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan kepala dan daging kijang tanpa lesen, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Rosli Amat, 53, yang bekerja sendiri mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazni Nawi.



Mahkamah turut menetapkan penjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan bahagian kepala dan daging Kijang (Muntiacus muntjac) seberat 1.4 kilogram iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] tanpa suatu lesen.

Perbuatan itu dilakukan di premis kediaman tidak bernombor di Kampung Paya Renggoh Johol, Kuala Pilah, kira-kira pukul 10.45 pagi, 12 Mac 2021.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Gilmoore G Bolongon memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh.



 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengemukakan rayuan secara bertulis yang tidak dibacakan.

Sementara itu, di kamar sama, seorang pengurus sebuah resort didenda sebanyak RM2,500 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit khas, lebih empat tahun lalu.

Tertuduh, Jefri Ramli, 50, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading