4 sekeluarga selamat, kereta dinaiki terbalik dalam longkang

Hulu Selangor: Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki warga emas terselamat selepas kereta dinaiki terbabas serta terbalik ke dalam longkang di Jalan Kuala Kubu Bharu – Ampang Pechah, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Berdasarkan laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki empat individu berusia tiga hingga 80 tahun.

“Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Ampang Pechah.

“Tiga daripada empat mangsa berjaya dibawa keluar oleh orang awam,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Morni berkata, mangsa lelaki warga emas pula dikeluarkan oleh anggota bertugas.



Menurutnya, semua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button