Tunggu labi-labi tapi ‘Sang bedal’ yang datang

KUCHING: Dua sahabat nyaris menjadi mangsa serangan buaya ketika mahu memeriksa pancing dipasang untuk menjerat labi-labi di parit berdekatan taman perumahan KOPODIM Jalan Matang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, kedua-dua lelaki berkenaan yang cemas melihat kelibat reptilia itu, sempat menyelamatkan diri.

Susulan itu, mereka membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa pada jam 3.39 pagi kerana bimbangkan ancaman reptilia terbabit.



Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata berdasarkan laporan, buaya terbabit dalam anggaran kira-kira 3.04 meter panjang dengan saiz badan anggaran sebesar tong gas.

“Sebelum beredar dari kawasan itu, mereka ternampak sepasang selipar hitam dan tiga batang kayu di tepi parit.

“Mereka tidak menemui sesiapa di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak Balai Polis Batu Kawa memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.



“Anggota polis ke lokasi untuk membuat pemantauan dan penduduk sekitar sudah dimaklumkan supaya tidak memancing atau berada di kawasan berdekatan parit itu demi keselamatan,” katanya.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading