Ten Hag sedar Tottenham pasti ‘menggila’

LONDON: Bos Manchester United, Erik ten Hag menjangkakan pasukannya akan berdepan Tottenham ‘yang gila’ awal pagi Jumaat ini selepas Spurs dimalukan 6-1 oleh Newcastle namun menegaskan tiada lawan yang ‘lebih lapar’ daripada pasukannya.

Kekalahan memalukan Spurs di tangan Magpies menyebabkan mereka memecat ketua jurulatih sementara, Christian Stellini, dengan pengendali berusia 48 tahun itu tidak sampai sebulan di sana selepas menggantikan Antonio Conte.

Tottenham kini melantik Ryan Mason sebagai bos sementara.



United kini keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), enam mata di depan Spurs bersama dua perlawanan dalam tangan.

United sendiri terpaksa bangkit daripada keputusan mengecewakan musim ini dengan Ten Hag memberitahu sidang akhbar hari ini: “Kami juga menghadapinya, tidak selalu, membuatkan kami terpaksa bangkit.

“Itu pasti (lebih daripada apa yang saya mahukan) tetapi ia berlaku terhadap semua pasukan hebat, termasuk Real Madrid, eh?

“Ia jelas bahawa mereka (Tottenham) mengalami kekalahan yang sangat teruk. Sudah tentu, mereka akan gila. Ia boleh mencetuskan kebangkitan.”



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading