Gajah ‘Dan Siam’ membantu mengalihkan pokok tumbang

Bangkok: Seekor gajah membantu pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan dengan mengalihkan pokok tumbang menghalang Jalan Lampang- Phrae di utara Thailand ketika ribut pada Isnin.

Portal The Thaiger melaporkan, pertolongan haiwan itu melancarkan kembali trafik dan detik itu dirakamkan di Facebook (Fb) Live.

Pemilik gajah itu, Weerawat Triyot berkata, dia dalam perjalanan pulang ke wilayah Chaiyaphum selepas membawa haiwan peliharaannya berusia 16 tahun diberi nama Dan Siam ke festival di wilayah Phrae.



Ketika dalam perjalanan pulang, Weerawat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Trafik tidak bergerak jadi Weerawat memutuskan untuk keluar dari kereta dalam hujan lebat dan kilat bagi melihat apa yang sedang berlaku.

Ketika itu, ada empat kereta di sepanjang laluan dan melihat sebatang pokok tumbang menghalang jalan.

Justeru, Weerawat ambil keputusan untuk membenarkan Dan Siam keluar dari kenderaannya bagi menyelamatkan semua pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan.



Di Fb Live, kelihatan Dan Siam mengangkat pokok itu dan mengalihkan ia ke tepi jalan seterusnya membuka laluan kepada lalu lintas.

Kemudian, gajah itu melambai-lambai belalainya dan mengeluarkan bunyi yang kuat seolah-olah berkata, “Kamu boleh pergi sekarang!”

Walaupun gajah kini jarang digunakan untuk buruh fizikal kurang, haiwan yang kuat dan pintar itu pernah memainkan peranan penting dalam industri pembalakan di Thailand.

Ketika zaman pemerintahan Raja Rama V dari 1868 hingga 1910, permintaan terhadap kayu jati dalam pasaran global berkembang dengan ketara.



Gajah menjadi bahagian penting dalam proses pembalakan, menyeret kayu balak yang berat melalui hutan.

Pada awal 1990-an, terdapat kira-kira 100,000 gajah peliharaan di Thailand digunakan bukan sahaja untuk pembalakan tetapi untuk pengangkutan, pembinaan jambatan dan kerja pembinaan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button