Digelar Sundal & Tak Tahu Malu, Amirah Mengaku Silap

Nama pempengaruh View Chin dan pekerjanya, Amirah Aqilah menjadi bualan hangat apabila didakwa menjalin hubungan istimewa.

Terbaru, Amirah mengakui mentalnya sangat penat apabila teruk menerima kecaman dan kritikan daripada netizen selepas pendedahan isteri View Chin iaitu Sharmine di media sosial.

Kata Amirah, dia sedang berusaha untuk bangkit kembali meskipun sedar ramai yang tidak menyukainya.



Ramai yang tanya Meera (Kau ni tak ada perasaan ke! Kau ni tak tahu malu ke! Kau ni nak play victim ke! Kau ni sundal!) Banyak kata-kata negatif yang Meera dapat.

Mental Meera sangat penat, doakan Meera okey. Meera cuba untuk bangkit balik.

Dalam pada itu, Amirah juga mengakui kesilapan yang berpunca daripada dirinya. Jelasnya lagi, dia sedang cuba memperbetulkan dan ingin berubah menjadi insan yang lebih baik.

 



Meera ada silap dan sedang perbetulkan silap, kecaman, hinaan dan cacian. Semua ni sebab atas diri yang pernah buat silap. Meera akan berubah untuk yang lebih baik.

Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Sumber: Instagram, duriankampong




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading