Baru Seminggu Aiman Tino Nikah, Ada Wanita Tawar Diri Nak Jadi Nombor Dua

Perkahwinan Aiman Tino semestinya membuatkan ramai peminat tegar patah hati. Namun begitu, ada segelintir peminat yang melampaui batas sehingga menganggu keluarga penyanyi tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram, ibu kepada pelantun lagu ‘Ku Rela Dibenci’ itu memaklumkan terdapat seorang individu yang kerap menghantar mesej kepada keluarganya.

Katanya, individu tersebut pernah bertemu dengan Aiman sebelum ini. Tambahnya lagi, wanita terbabit sudah keterlaluan apabila berani menyebarkan maklumat peribadi iaitu nombor telefon Aiman.



Dah melampau sangat ni. Saya boleh buat report polis tapi masih berfikir panjang. Bukan di sini sahaja dia mesej bukan-bukan, @officialfarahezel (kakak kepada Aiman) juga diganggu walaupun sudah di block beberapa kali.

Sebelum ini, dia ingin bertemu Aiman, saya dan suami atur dan temukan. Siap minta nombor telefon, lepas dah dapat, dia berkongsi kepada yang lain. Haruskah saya berlembut lagi?

Jika ada keluarga dia terbaca tolong nasihatkan dia.

Selain itu, individu itu didakwa ingin menjadi isteri kedua kepada Aiman Tino sehingga berkali-kali menganggu ketenteraman keluarga tersebut.



Susulan isu itu, Hazelina Mat Jalil bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sekadar info, Aiman Tino dan pasangannya, Syarah Haifa sah bergelar suami isteri pada 27 April 2023 di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo.

Sumber: Instagram @yusririena



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button