Palestin hargai sokongan Malaysia

Oleh – Syeikh Baran


Palestin hargai sokongan Malaysia
Mohamad bersalam dengan Riyad Al Malk ketika kunjungan di pejabatnya. Foto FB mohamad

Usaha Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di pentas antarabangsa menerima penghargaan oleh negara berkenaan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penghargaan itu diterima Malaysia menerusi Menteri Luar Palestin Riyad Al Malk ketika kunjungan beliau ke pejabat kedutaan Palestin di The Hague, Belanda.



“TYT Riyad menyampaikan penghargaan terhadap sokongan Malaysia yang berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Tambahnya, dalam pertemuan itu mereka berdua juga bertukar pandangan dan berbincang berkenaan usaha untuk terus memberikan penekanan kepada masyarakat antarabangsa mengenai usaha menamatkan kekejaman dan ‘genocide’ yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat di Palestin.

Terdahulu, Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke The Hague, Belanda untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan awam berhubung permintaan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Mohamad akan mengambil bahagian dalam prosedur Pendapat Penasihat berkenaan dengan akibat perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur di mahkamah, The Hague.



Perbicaraan itu diadakan dari 19 hingga 26 Februari dan Mohamad dijadual menyampaikan penghujahan lisan Malaysia pada 22 Februari pada 5.10 petang waktu tempatan (23 Februari pada 12.10 tengah malam waktu Malaysia).

Beliau diiringi oleh para pegawai dari Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button