Wanita warga asing buang air kecil merata-rata

JOHOR BAHRU: Tindakan individu dipercayai warganegara asing yang membuang air kecil merata-rata sekitar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), mengundang rasa jijik.

Ini bukan kali pertama kejadian buang air merata-rata di sekitar kawasan berkenaan dengan kes terbaru bukan sahaja dilakukan lelaki tetapi juga wanita, berdasarkan video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial.

Mereka mensasarkan kawasan terpencil dan yang sedang dibaikpulih untuk membuang air kecil.



Terdahulu pada 13 Jun tahun lalu, tular di Facebook aksi dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata setakat ini Balai Polis BSI tidak menerima apa-apa laporan berkaitan kejadian berkenaan.

“Kita akan siasat dan ambil tindakan ikut undang-undang yang ada. Patuhi undang-undang dan jaga kesopanan. Gunakan tandas yang disediakan di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki menyergah dan memarahi tindakan seorang wanita membuang air kecil merata-rata di kawasan dekat BSI sebelum wanita itu terus berlalu sambil meminta maaf.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button