Nurul Shuhada kesal Hafidz tangguh lafaz cerai

SHAH ALAM: Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, kesal apabila prosiding bagi sebutan pengesahan lafaz cerai, pagi ini belum menemui jalan penyelesaian dan perbicaraan seterusnya ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Kata Nurul Shuhada yang ditemui Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dengan mengenakan busana serba putih bagi menandakan dirinya sudah bersedia dengan status baharu, namun sedih apabila apa yang diharapkan tidak berlaku.

“Ya, saya kesal sebab hari ini saya ingatkan semuanya akan selesai. Saya sudah bersedia untuk menjalankan perbicaraan, tetapi pihak sana (Hafidz) minta penangguhan. Jadi, saya agak terkejut.

“Saya mahu panjangkan buat apa lagi sebab dia pun sudah ada pilihan, jadi saya reda. Allah sudah tulis takdir saya sebegitu.



“Jadi, saya betul-betul berserah pada Allah kerana tahu ini adalah yang terbaik buat saya,” katanya kepada BH Online.

Hari ini adalah prosiding bagi sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap Nurul Shuhada, bagaimanapun mahkamah menetapkan 20 Jun sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya.

Nurul Shuhada yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual media meluahkan perasaan kecewa dengan mendakwa Hafidz memfitnahnya menggugurkan kandungan.

“Semua sudah maklum bahawa saya keguguran dan netizen pun bertanya siapa yang memfitnah saya, tetapi bukan netizen, sebaliknya yang memfitnah saya adalah individu yang mengaku membuat perkara demikian (Hafidz).



“Takkanlah saya mahu menggugurkan, saya mengandung dan bayi ini dalam rahim saya. Anak-anak pun sudah memberi nama iaitu Uwais.

“Jadi, sekarang kes ini dalam siasatan sebab saya belum memberi kenyataan kepada polis dan pulang ke Perlis hari ini barulah saya akan memberi kenyataan di Balai Polis Kangar,” katanya.

Sementara itu, peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf mengesahkan 20 Jun depan adalah tarikh baharu untuk pengesahan lafaz cerai.

“Ya, sebenarnya kami sudah bersedia untuk perbicaraan siasatan bagi kedua-dua pihak walaupun semalam baru terima jawapan pembelaan dari peguam syarie mewakili Hafidz.

“Kami tiada masalah dan Nurul Shuhada sendiri pun bersedia, dia sudah memakai cantik hari ini untuk memberikan keterangan secara lisan, tetapi akhirnya pihak plaintif meminta keterangan berjalan secara bertulis.

“Pihak mahkamah tetapkan dan beri peluang kepada kedua-dua pihak memberi keterangan secara bertulis dan bicara pada 20 Jun depan,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker