Pemandu lori maut dihempap kayu balak

Gua Musang: Pemandu lori yang baru dua bulan bekerja maut dihempap kayu balak semasa melakukan kerja menurunkan kayu balak dari lori di Kilang Papan Sri Wangsa, Kawasan Perindustrian Gua Musang, di sini, semalam.

Dalam kejadian 2.15 petang itu, Norazlan Hamdan, 53, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pengurus syarikat tempat mangsa bekerja, kira-kira 4 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa dihempap kayu balak semasa menurunkan kayu balak dari lori di sebuah kilang papan.



“Mangsa sampai di tempat kejadian 2.15 petang dan cuba untuk menurunkan kayu balak dengan kaedah yang biasa diamalkan iaitu membuka empat rantai dan kunci kecuali di bahagian tengah.

Apabila membuka kunci rantai, mangsa pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai dan tiba-tiba sebatang kayu balak jatuh menimpa bahagian badannya.

“Rakan sekerja yang melihat kejadian membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut, namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan punca kematian adalah parah.



Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kami mengingatkan supaya mana-mana individu tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker