Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia

Kuala Lumpur : Ibu kepada pelakon Liyana Jasmay iaitu Datin Habsah Simpon meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 8.30 pagi, hari ini.

Berita sedih itu disahkan pengurus Liyana, Norhazwani Jamil yang turut memaklumkan jenazah dibawa ke Masjid Al Iman Kemensah, Ampang, Selangor untuk disembahyangkan.

“Arwah mula lemah semalam selepas mula sakit sejak dua bulan lalu,” katanya kepada Harian Metro.



Sementara itu, saudara terdekat Allahyarham, Nur Ernawati Mohamad Nor yang juga isteri kepada pelakon, Zul Huzaimy turut memuat naik perkongsian di Instagram mengenai pemergian Habsah.

“Innallilahiwainnailahirojiun. Hari ini maklang tinggalkan kami semua di hari jumaat yg mulia ni, tinggalkan mama sendirian. Tetapi, tidak mengapa kerana kami tahu mak lang sudah menanggung keperitan ditinggalkan sejak arwah pak lang meninggal dunia.

“Selama 18 bulan mak lang mengharungi dan reda di atas pemergian kekasih hati. Sekarang mak lang rehatlah di alam abadi di sana. Semoga bertemu cinta hati paklang dkt sana nanti.

“Terima kasih di atas didikanmu, nasihat dan kasih sayang selama ini. Terima kasih kerana mengajar erti kasih sayang dan tugas sebagai isteri. Maklang adalah idola ibu dan isteri yang baik.



“Buat semua keluarga dan rakan-rakan yang mengenali maklang, saya mohon doakan dia dan halalkan segala jika ada,” tulisnya.

Sebelum ini, suami Allahyarham, Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada Disember 2021 akibat kanser paru-paru.

Selain Liyana, Allahyarham meninggalkan tiga lagi anak iaitu Juzaili Jasmay, 46; Faradilla Jasmay, 43; dan Adriana Jasmay, 41.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button