Wanita Dikecam Teruk Apabila Pakai ‘Dress’ Putih Jarang

Pakaian tetamu semasa menghadiri sesuatu majlis semestinya memainkan peranan yang penting.

Majlis perkahwinan merupakan salah satu majlis yang perlu dititikberatkan dari segi pakaian untuk memilih yang bersesuaian dan tidak ‘overshadow’ pengantin.

Menerusi laporan Daily Star, seorang wanita dikecam di media sosial apabila menghadiri majlis perkahwinan rakannya dengan pakaian yang tidak bersesuaian.



Difahamkan, wanita itu menggayakan gaun berwarna putih dan apa yang lebih menarik perhatian apabila pakaiannya itu jarang sehingga kelihatan seluar dalam yang dipakainya.

Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan dari orang ramai bahawa ianya satu perbuatan yang disengajakan bagi mengalih perhatian tetamu yang hadir daripada pengantin perempuan.

Sumber: Daily Star



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button