Anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Rita Rudaini, 47, meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.

Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.

Rita berkata, dia juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.



“Adakah mereka pernah tengok saya ‘post’ (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?

“Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya ‘post’ di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang dikongsi di Instagram, Rita berkata, Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.

“Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.



“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.

“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.

Rita berkata, Rayyan kini seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.

“Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,” katanya.



Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi anak iaitu Airit Qaqa Arjuna, 12.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button