Polis cari waris lelaki mati tergantung

TUARAN: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang ditemukan tergantung berhampiran sebuah loji air di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin, berkata mayat ditemukakan seorang wanita berusia 46 tahun pada jam 12.14 tengah hari ketika melakukan kerja mengecat pagar loji air sejauh 12 meter dari lokasi.

Susulan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat lelaki di kawasan semak dalam keadaan tergantung dengan leher terikat kain putih pada dahan sebatang pokok.



“Lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an itu berrambut ikal, kulit sawo matang dan kurus dengan ketinggian 162 sentimeter.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersamanya yang memakai seluar jeans panjang berwarna biru serta baju putih yang memapar dua kartun Elmo berwarna biru dan merah,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah atau kesan pergelutan ditemui dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat kini berada di Bilik Mayat Forensik Hospital Tuaran sementara usaha mengesan waris dijalankan,” jelasnya.



Mereka yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Tuaran, Sub Inspektor Baharruddin Ismail atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di talian 088-791966.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button