‘Aura’ Najib tidak pernah padam dalam UMNO

Oleh – Ikmal Nasir


'Aura' Najib tidak pernah padam dalam UMNO
Foto fail Najib Razak berkempen

‘Aura’ bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak tidak pernah padam dalam Umno walau ketika ini beliau berada di belakang tirai besi.

Najib membuktikan beliau seorang seorang ahli politik yang mempunyai karisma tersendiri dan mampu kembali dalam politik selepas dijatuhkan. Ternyata, untuk membenamkan ‘Aura’ insan bernama Najib Razak, musuh perlu memikirkan pelbagai strategi dan cara.



Bukan mudah untuk mana-mana pihak memadamkan segala rekod kerja keras Najib untuk rakyat dalam jangkamasa panjang. Beliau berfikiran jauh melangkaui masa dan kualiti sebegini sukar didapati pada pemimpin poltik yang hanya berlandaskan cita-cita.

Sejak kejatuhan BN pada 2018, Najib tidak berhenti dari menyantuni rakyat sehinggalah beliau diheret ke Penjara Kajang.

Bayangkan, bermula dari Pilihanraya Kecil Cameron Highlands sehinggalah Pilihanraya Negeri Melaka dan Johor, Najib berusaha keras membantu kemenangan Umno/BN setiap kali turun berkempen.

Ternyata, rakyat semakin memahami perilaku peribadi Najib yang sebenar apabila berada dekat dengannya setiap kali turun ke lapangan.



Antara penyebab kekaguman rakyat kepada Najib ialah sikap beliau terhadap ‘musuh politik’. Beliau tidak pernah memperlakukan perkara buruk terhadap mereka yang memusuhi beliau malah akan menasihati pengikutnya untuk tidak menyakiti ‘musuh’ politiknya.

3 PERDANA MENTERI DALAM TEMPOH SEPENGGAL BELUM MAMPU TANDINGI NAJIB

Namun segalanya berubah selepas negara ditadbir oleh 3 kerajaan dalam tempoh sepenggal. Bermula dengan Tun Mahathir kemudian Muhyiddin Yassin dan diikuti Ismail Sabri, mereka masih tidak mampu menyaingi pemikiran ekonomi Najib.

'Aura' Najib tidak pernah padam dalam UMNO
Nizar Najib, Nazif Najib bersama Presiden Umno di Konvensyen Kerajaan Perpaduan

Lanskap politik Umno sekali lagi diuji apabila pembentukan Kerajaan Perpaduan dilaksanakan. Penyertaan Umno sebagai sebahagian dari Kerajaan Perpaduan tanpa Najib seringkali diragui.

Ada suara-suara sumbang cuba mengelrukan pemikiran penyokong Najib dengan merencanakan pergolakan dalam Umno itu sendiri.



Bak kata pepatah “sekeping foto membawa seribu makna”, foto kehadiran waris Najib semasa konvensyen Kerajaan Perpaduan menutup mulut sebahagian besar pengkritik politik Umno.

Nampaknya ‘Aura’ Najib masih berada dalam Umno dan dijadikan ‘azimat’ sebahagian perjuangan Umno.

Fahamilah, perjuangan politik bukan sekadar laungan dan gegak gempita jeritan kerana keadaan realiti perlu dipertimbangkan dalam mengatur langkah politik.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button