4 termasuk tiga beradik maut, kereta rempuh lori

KAMPAR: Empat individu termasuk tiga beradik maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki merempuh bahagian belakang lori muatan tanah sebelum terbakar di KM310.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Gopeng digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 2.03 pagi.

Katanya, empat mangsa yang maut dikenali sebagai Azriyani Abdul Latif, 45, selain tiga beradik, Muhammad Azib, 23; Siti Nur Aminah, 8, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5.



Mangsa yang parah dikenali sebagai Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7.

“Empat mangsa yang menaiki kereta Proton Saga maut manakala seorang kanak-kanak lelaki yang turut menaiki kenderaan itu cedera parah. Pemandu lori bagaimanapun, tidak cedera.

“Sejurus melanggar belakang lori, Proton Saga dinaiki lima individu itu terbakar di bahagian but hadapan. Terdapat mangsa yang maut melecur di beberapa anggota badan,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.

Menurutnya lagi, kebakaran bonet hadapan Proton Saga berkenaan dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api.



Katanya, kematian empat mangsa berkenaan disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Tapah oleh orang awam.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button