PAS Akan Tinggalkan PN

PAS Akan Tinggalkan PN

Hubungan antara PPBM dan PAS di dalam Perikatan Nasional ibarata telur di hujung tanduk atau lebih tepat lagi ibarat retak menunggu belah.

Sebagai sebuah parti oprtunis yang bersifat parasit, PAS akan menenggek pada mana-mana parti politik yang membawa keuntungan kepada mereka.

Tetapi selepas menyedari sudah tidak ada apa lagi yang tinggal, PAS tidak akan teragak-agak untuk mencipta alasan untuk menghalalkan pengkhianatan mereka.

Bukan tuduhan liar atau fitnah, tetapi sejarah politik negara sudah berkali-kali membuktikannya.

Kalau hendak salahkan PAS sahaja juga tidak boleh.

PPBM juga memang dikenali sebagai sebuah parti yang sentiasa mengkhianati sekutu mereka.

Kekuatan PPBM juga dibina atas dasar jual beli ahli politik dengan ‘scheme of things’ yang dipelopori oleh presiden mereka.

Malah Muhyiddin sendiri telah mengkhianati pengasas PPBM dengan memecat beliau dari PPBM.

Perpecahan antara PPBM dan PAS bermula apabila Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS ‘melutut’ di kaki musuh politik Muhyiddin, Dr Mahathir.

Tanpa memberitahu PPBM, PAS mengambil keputusan untuk menandatangani kerjasama dengan Dr Mahathir dalam Proklamasi Melayu.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/05/11/gerakan-pertimbangkan-keluar-pn-muhyiddin-marah-dengan-hadi-awang/

Tindakan PAS bukan sahaja menimbulkan kemarahan parti Gerakan, malah Muhyiddin sendiri mengecam tindakan tersebut.

Bagi penulis, tidak sukar difahami mengapa PAS sengaja mencipta alasan untuk menghalalkan pengkhianatan mereka ke atas PPBM.

PAS sedar, PPBM tidak lagi boleh diharapkan untuk membantu mereka dari sudut dana politik.

Kerana pemimpin kanan PPBM sendiri sedang berhadapan dengan pelbagai kes salahguna kuasa dan rasuah di mahkamah.

Malah akaun PPBM sendiri sudah disita.

Dr Mahathir Mencipta Alasan

Namun, tidak mungkin PAS mengharapkan populariti Dr Mahathir untuk melonjakkan semula populariti mereka kerana PAS sedar Dr Mahathir sendiri sudah ditolak oleh orang Melayu.

Tetapi agenda palsu yang dibawa oleh Dr Mahathir yang akan digunakan oleh PAS sebagai alasan mengkhianati PPBM.

Penolakan PPBM ke atas Proklamasi Melayu akan digunakan oleh PAS sebagai alasan untuk meninggalkan PPBM.

Kononnya PAS akan terus beristiqomah untuk memperjuangkan agenda demi Melayu dan Islam.

Pada pandangan penulis, pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan 2 orang anak Allahyarham Nik Aziz mempunyai impak yang besar kepada kepimpinan PAS.

Sekiranya Anwar berjaya menyatukan Nik Abduh dan Nik Omar, ianya akan memberikan kesan yang cukup besar dalam PRN Kelantan.

Tidak dapat dinafikan, Kelantan menjadi kubu kuat PAS adalah kerana aura Allahyarham Nik Aziz masih kuat di kalangan rakyat Kelantan.

Sekiranya Anwar berjaya, beliau akan buktikan kepada rakyat Kelantan bahawa beliau mampu lakukan apa yang kepimpinan PAS tidak mampu lakukan.

Tidak mustahil akan berlaku angin perubahan di Kelantan dalam PRN Kelantan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi PAS pula, sekiranya tumbang di Kelantan, ianya memberikan kesan yang cukup buruk kepada mereka.

Rakyat akan yakin bahawa kemenangan PAS dalam PRU 15 adalah kerana amalan rasuah politik dan bukannya kerana keyakinan rakyat kepada PAS.

Inilah sebenarnya yang sangat dibimbangi PAS.

Dan kini mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan ‘perceraian’ dengan PPBM.

 

PAS Akan Tinggalkan PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker