MotoGP: Quartararo akui terlalu kecewa

MotoGP: Quartararo akui terlalu kecewa

MotoGP: Quartararo akui terlalu kecewa
QUARTARARO mengakui jentera Yamaha berdepan masalah yang sama sejak tiga tahun lalu tanpa sebarang perubahan. – AFP

MONTMELO, Barcelona – Juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo terus-menerus mengkritik Yamaha selepas mengakui jentera YZR-M1 yang dipacunya tidak mengalami sebarang peningkatan dan statik sejak tiga tahun lalu.

Pelumba Perancis tersebut tertekan selepas gagal memberi tentangan hebat pada perlumbaan pecut (sprint) di Grand Prix (GP) Catalunya kelmarin selepas sekadar menghuni tangga ke-18 dan menamatkan aksi kelayakan di petak ke-17.

Pada musim 2022, Fabio Quartararo telah memenangi perlumbaan di GP Catalunya dan musim ini dia seakan-akan hilang arah dengan Yamaha selepas gagal meraih satu kemenangan ketika perlumbaan sudah memasuki pusingan ke-11.



“Tahun lalu ia juga sukar pada hari Jumaat dan saya hanya berada di tangga ke-11. Saya menjangkakan keadaan akan menjadi lebih baik tahun ini, tetapi saya menyedari bahawa ia tidak akan berlaku.

“Kami ‘menderita’ dan saya telah mencuba pelbagai cara, namun tidak membantu biarpun saya cuba menukar gaya tunggangan dengan melakukan brek agak lewat dan akhirnya menjadi yang terakhir.

“Saya telah mencuba 1000 perkara untuk mengubah jentera ini, tetapi keadaan lebih kurang sama tiga tahun. Ia lebih sukar daripada jangkaan.

“Kami tahu asasnya dan ketika ini kami cuba mencari sesuatu yang tidak ada,” kata Quartararo dengan penuh kekecewaan.



Pada perlumbaan pecut kelmarin, Aprilia melakukan kejutan apabila Aleix Espargaro muncul juara dan mengatasi Francesco Bagnaia (Ducati) tangga kedua. Rakan sepasukan Espargaro, Maverick Vinales melengkapkan podium tempat ketiga. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button