Man United sedia bayar RM292.03 juta untuk dapatkan Min-jae
Man United sedia bayar RM292.03 juta untuk dapatkan Min-jae

LONDON: Manchester United dilaporkan bersedia membayar klausa pembelian 51 juta pound (RM292.03 juta) untuk mendapatkan pemain pertahanan Napoli, Kim Min-jae.
Pengendali United, Erik ten Hag dilihat mahu memperkukuhkan bahagian pertahanan, dengan pemain kebangsaan Korea Selatan itu dilihat sebagai sasaran utamanya tatkala Newcastle turut dilapokan berminat mendapatkan pemain berusia 26 tahun berkenaan.
Menurut laporan media Calciomercato, Napoli mahu mendapatkan pemain Atalanta, Giorgio Scalvini untuk menggantikannya.
Kim menjadi sebahagian pasukan Napoli ketika menjuarai Serie A buat kali pertama sejak 1990.
United mempunyai kemampuan untuk meletakkan Raphael Varane, Lisandro Martinez, Victor Lindelof dan Harry Maguire di bek tengah namun Kim dilihat akan memberi mereka pilihan berbeza.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kim mempamerkan prestasi cemerlang pada musim pertamanya di Napoli selepas meninggalkan Fenerbahce tahun lalu.
Old Trafford kelihatan ‘sibuk’ pada musim panas ini dengan United juga dilaporkan sedang dalam persiapan untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Mason Mount dengan nilai 50 juta pound (RM286.30 juta).
United sebelum ini berminat mendapatkan Harry Kane namun berdepan halangan besar terutama daripada Real Madrid yang turut berminat mendapatkan penyerang Tottenham berkenaan.
Ketika musim ten Hag mengendali pasukan, United menjuarai Piala Carabao namun mereka ditewaskan seteru utama Manchester City dalam saingan final Piala FA, Sabtu lalu.
Anak buah ten Hag menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga dan tersingkir daripada Liga Europa di pentas suku akhir oleh juara, Sevilla. – AGENSI
Man United sedia bayar RM292.03 juta untuk dapatkan Min-jae
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- wajah dikatakan hampir seiras Raja Permaisuri (Video)
- Ustaz Azhar Idrus Dedah Mengapa Dia Lihat Ke Atas
- Video Leona Mandi Sungai Undang Perhatian (Video)
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :