Min-Jae ke United ?

LONDON: Manchester United semakin hampir untuk menandatangani bintang Napoli, Kim Min-jae, menurut laporan.

Pemain itu dikatakan sudah bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan dan hanya menantikan butiran lain untuk dipertimbangkan.

Laporan daripada akhbar di Naples, Il Mattino mendakwa United memujuknya untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).



Napoli pula sudah mencari pemain pertahanan tengah baharu bagi menggantikannya.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu mengagumkan pada penampilan Serie A musim ini dengan membantu kelabnya menang Scudetto.

Kim bermain 43 kali membabitkan semua kejohanan sambil menjaringkan dua gol bersama pasukan yang merekodkan 15 aksi tanpa bolos musim ini.

Dia baharu sahaja menyertai Napoli musim panas lalu dari kelab Turkiye, Fenerbahce dengan nilai £15 juta (RM84.42 juta).



Dan kelab itu dijangka akan mendapat untung besar kerana klausa pelepasan yang perlu dibayar Man Utd dikatakan antara £43 juta (RM242 juta) hingga £52 juta (RM292.65 juta).

Pemain itu gembira di Napoli tetapi dia sentiasa memasang impian untuk berpindah ke EPL.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button