Regu negara terlepas emas

PHNOM PENH: Skuad sepak takraw Malaysia memberi amaran kepada Thailand bahawa mereka bukan lagi lawan ‘cap ayam’ berdasarkan kepada saingan sengit diberikan pada temasya Sukan Sea Kemboja.

Walaupun Malaysia terlepas pingat emas selepas tewas 1-2 kepada seteru utama itu dalam acara regu lelaki yang berlangsung di Pusat Latihan Nasional Olimpik, namun pasukan Gajah Putih itu dilihat ‘goyah’ hingga membuat beberapa tukaran pemain bagi mengelak tewas kepada wakil negara.

Wakil negara yang terdiri daripada Amirul Zazwan Amir sebagai apit kiri, Mohamad Azlan Alias(Apit kanan) manakala tekong pula digalas oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi tunduk pada set pertama kepada Thailand 12-21.

Namun, skuad regu negara kembali memantapkan permainan pada pertemuan set kedua sbelum mengatasi wakil Thailand yang terdiri daripada Kritsanapong Nontakote, Pattarapong Yupadee dan Thawisak Thongsai 23-21.

Tersentak dengan kekalahan itu, Thailand dilihat cemas apabila membuat tukaran pemain dengan memasukkan Siriwat Sakha dan Varayut Jantarasena pada set penentuan ssebelum mengesahkan kemenangan 13-21.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan yang hadir menyaksikan perlawanan terbabit berkata, pemain regu negara sering melakukan kesalahan mudah hingga memberi ruang dan peluang kepada pasukan lawan mengutip mata sekali gus mengesahkan kemenangan pada pertemuan itu.

Saya boleh katakan ada peningkatan terhadap keseluruhan permainan skuad regu negara namun ada beberapa kesilapan dan pada masa sama mereka juga dilihat agak gemuruh apabila bertemu wakil Thailand itu.

“Perkara paling penting adalah Thailand tidak boleh lagi memandang rendah kepada kita atau menganggap Malaysia mudah ‘dimakan’ pada pertemuan akan datang,” katanya.

Kekalahan pertama kepada Thailand itu menyebabkan Malaysia terlepas peluang meraih emas dalam acara regu lelaki.

Petang ini skuad negara akan menentang Kemboja diikuti Singapura bagi aksi terakhir.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker