Mahathir Hina Raja Raja Melayu!!!

Mahathir Hina Raja Raja Melayu!!!

Mantan perdana menteri ke 4 & 6 memang terkenal dengan sikap bermulut celupar.

Beliau sentiasa merasakan hanya beliau sentiasa betul dan bijak.

Mahathir juga dikenali sebagai seorang yang suka mencari gaduh, tidak kira dengan siapa, sekiranya kehendak beliau tidak dituruti, maka serangan akan dilakukan.

Pelbagai fitnah dan cerita dongeng akan beliau dendangkan untuk meyakinkan orang ramai bahawa beliau berada di pihak yang benar.

Mahathir juga dikenali sebagai seorang yang sangat zalim dalam melakukan serangan ke atas musuh beliau.

Tidak ada istilah belas kasihan atau perikemanusiaan dalam kamus hidup beliau.

Dalam kempen PRU 14, Mahathir pernah menghina Raja Raja Melayu dengan mengatakan bangsa Bugis adalah bangsa lanun.

Kata-kata Mahathir ketika itu telah menimbulkan kemurkaan Raja Raja Melayu.

Terkini, sekali lagi Mahathir secara terbuka menghina Raja Raja Melayu.

Secara terbuka beliau memberi ingatan kepada bangsa Melayu supaya tidak bergantung harapan kepada Raja Raja Melayu.

Menurut Mahathir, Raja Raja Melayu tidak akan membantu masyarakat Melayu sekiranya berada di dalam kesusahan.

Beliau juga menuduh Raja Raja Melayu mengamalkan amalan rasuah melalui perjudian yang ditaja oleh taukey-taukey Cina.

Malah secara terbuka, Mahathir mengakui beliau tidak menghormati kedudukan Raja Raja Melayu.

Bagi penulis, penghinaan yang dilakukan oleh Mahathir kali ini sudah melebihi batasan.

Apakah Mahathir adalah seorang yang tidak menghormati prinsip di dalam Rukun Negara?

Bukankah prinsip kedua Rukun Negara adalah Kesetiaan Kepada Raja & Negara?

Kerajaan tidak lagi boleh berdiam diri dengan penghinaan Mahathir ke atas institusi Raja Raja Melayu.

Mahathir mesti dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Mungkin sudah sampai masanya YDP Agong dan Raja Raja Melayu menarik kembali semua pingat dan darjah kebesaran yang telah diberikan kepada Mahathir.

Tidak ada gunanya pingat dan darjah kebesaran dikekalkan apabila penerimanya terus-terusan menghina Raja Raja Melayu.

 

Mahathir Hina Raja Raja Melayu!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker